
Pelakon cantik Tasha Shilla sekali lagi mengatasi pelakon baru lain apabila memenangi kategori Heroin Baru Terhebat dalam Anugerah Blockbuster hujung minggu lalu. Tahniahlah Mangga Online ucapkan. Kali ini ada sensasi lagi ke? Sebab anugerah ini juga kira undian peminat.

Melambai kepada peminat yang menentukan kemenangannya.
"Saya berharap kemenangan ini tidak dipertikaikan seperti dulu kerana saya percaya peminat bijak membuat pemilihan klerana mereka turut membantu perjalanan kerjaya insan seni.
"Saya tidak sangka menjadi pilihan orang ramai untuk memenangi kategori ini. Anugerah ini biarpun bukan ditentukan oleh juri profesional, ia tetap menjadi pembakar semangat untuk saya bekerja lebih kuat dan menunjukkan hasil kerja terbaik," kata Tasha.
Mungkin Tasha tak mahu namanya asyik terpalit kontroversi setiap kali memang anugerah. Bukan dia yang minta, tapi peminat sendiri yang memilih nama Tasha Shilla bila diberi kuasa mengundi.
Pada majlis anugerah di Stadium Melawati, Shah Alam itu, Tasha menang menerusi filem Ratu The Movie. Dia berharap kemenangan ini menutup kontroversi sebelum ini. Semoga Tasha terus sukses dalam lakonan ya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan