Iklan

nuffnang

Pengikut

Ahad, 14 Oktober 2012

Desak k’jaan jawab RM40 juta wang seludup untuk Umno Sabah


(Oleh Mohd Martin Kahar)
KUALA LUMPUR 12 Oktober: Menteri Hal Ehwal Undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz mengakui RM40 juta wang seludup melalui Hong Kong yang dipercayai diberi seorang ahli perniagaan adalah untuk Umno Sabah tetapi menafikan ia milik Tan Sri Musa Aman.
“Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian ketua menteri,” kata Nazri dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
Ekoran itu, Tian mendesak kerajaan menjelaskan tujuan ahli perniagaan, Michael Chia memberikan RM40 juta tersebut kepada Umno Sabah.
Ia ekoran tidak berpuas hati dengan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengenai pendirian Peguam Negara terhadap skandal itu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai melakukan siasataan.
Katanya, penjelasan perlu kerana kemungkinan besar wujud penyelewengan dan aktiviti penggubahan wang haram oleh mereka yang terbabit.
“Kita ingin tahu adakah sumbangan ini tidak melanggar undang-undang dan tiada rasuah. Apa tujuan seorang ahli perniagaan beri sumbangan kepada Badan Perhubungan Umno Sabah?
“Mengapa wang ini dibawa ke Hong Kong?” soal Tian lagi pada sidang media di lobi Parlimen.
Chia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos 2008 dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat menghala ke Kuala Lumpur.
Wang itu dikatakan mempunyai hubungkait dengan lesen pembalakan di Sabah yang membawa pulangan lumayan kepada ahli politik Barisan Nasional di negeri itu.
Nazri dalam jawapan bertulisnya semalam mengatakan Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mempertimbang keterangan yang dikemuka SPRM dan memutuskan tiada elemen rasuah.
Nazri mendakwa, Jabatan Peguam Negara mengesahkan dana tersebut adalah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah, dan bukan untuk kegunaan persendirian Ketua Menteri.
Mengulas lanjut, Tian membayangkan ada konspirasi antara Jabatan Peguam Negara, SPRM dan Umno BN untuk menutup skandal tersebut.
“Ini adalah kali pertama SPRM dan Jabatan Peguam Negara mengakui wang ini adalah wang Umno Sabah,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37761

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nuffnang

Nuffnang - Innit: rithauddin's Friends' Latest Posts Blog Aggregator Site by Nuffnang, Asia Pacific’s First Blog Advertising Community http://innit.nuffnang.com Copyright 2007-2010 Nuffnang. Asia Pacific’s First Blog Advertising Community. Mon, 29 Nov 2010 20:58:53 GMT

INNIT