Isteri : Abang, boleh sayang tanya?
Suami : Ye sayang. Nak tanya apa?
Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila
lelaki meninggal dunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi
kubur wanita berlainan digali sedalam 7 kaki?
Suami : Ooo.. InsyaAlLah senang ja jawapannya tu.. (sambil
tersenyum). ”Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan
bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki
kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke
atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga
aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad
pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita.”
Isteri : SubhanaAlLah. Besarnya kuasa AlLah ya abang.
Suami : *Hanya tersenyum*
Wahai kaum wanita. Tutuplah aurat mu dengan sempurna, ketika masih
bernyawa. Kerana InsyaAlLah, AlLah juga akan membantu melindungi aurat
mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari
kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan