KUALA LUMPUR 12 Oktober: Kira-kira 500 ahli Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) berpiket di hadapan ibu pejabatnya di Jalan Sultan Hishamuddin bagi membantah pengambilalihan KTMB oleh MMC Corporation Berhad, petang tadi.
Himpunan disertai Senator Syed Shahir Syed Mohamud, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani, Presiden Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Khalid Attan dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Safaie BP Mammal.

Turut hadir ahli kesatuan RUM dari seluruh negara termasuk Prai, Pulau Pinang, Gemas, Negeri Sembilan, Mentakab, Pahang.
Mereka turut membawa kain pemidang tertera perkataan ‘Kami Tolak MMC’, ‘Kami Sayang KTMB’ selain menyanyikan lagu rasmi RUM.
Sementara itu Presiden Kesatuan Pekerja KTMB (RUM), Abdul Razak Md Hassan berkata, MMC tidak dapat menjamin kebajikan 5,600 pekerja KTMB.
Selain jaminan pekerja KTMB tidak diberhentikan, beliau juga bimbang soal kebajikan seperti pembiayaan perubatan serta sewa kuarter serendah RM35 sebulan akan lesap selepas pengambilalihan tersebut.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37805
Tiada ulasan:
Catat Ulasan