Iklan

nuffnang

Pengikut

Isnin, 15 Oktober 2012

Naik taraf jalan S’wak tak memuaskan, banyak ‘projek sakit’


(Oleh Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 15 Oktober: Projek membina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sarawak secara keseluruhannya kurang memuaskan, bermasalah dan terdapat juga disifatkan sebagai ‘projek sakit’ yang perlu diberi perhatian.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011, dari 2006 hingga 2011, Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah telah meluluskan peruntukan untuk melaksana 175 projek dengan nilai asal kontrak berjumlah RM1.727 bilion.
Daripada 175 projek, 146 projek bernilai RM1.04 bilion dilaksana oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak (JKRS), manakala sebanyak 29 projek bernilai RM622.94 juta dilaksana Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (JPSS).
“Daripada 101 projek bernilai RM437.57 juta yang telah disiapkan, sebanyak 38 projek (37.8%) bernilai RM178.94 juta mengalami kelewatan antara 15 hingga 242 hari daripada jadual asal.
“Sebanyak 13 projek (17.6%) bernilai RM229,27 juta daripada 74 projek yang sedang dilaksanakan merupakan ‘projek sakit’ kerana lewat dan jadual melebihi 20%,” jelas laporan itu lagi.
Ditemui juga dalam laporan tersebut bahawa pembinaan tidak mengikut spesifikasi kontrak dan pelanggan tidak puas hati berikutan maklum balas terhadap kualiti pembinaan jalan, keselamatan dan keselesaan jalan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37913

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nuffnang

Nuffnang - Innit: rithauddin's Friends' Latest Posts Blog Aggregator Site by Nuffnang, Asia Pacific’s First Blog Advertising Community http://innit.nuffnang.com Copyright 2007-2010 Nuffnang. Asia Pacific’s First Blog Advertising Community. Mon, 29 Nov 2010 20:58:53 GMT

INNIT